Sunday, December 28, 2008

TIGA PELAJAR PERAS

SUBANG JAYA: Tiga pelajar sekolah mendalangi kegiatan memeras ugut di sebuah pusat beli-belah di Bandar Sunway, di sini, kelmarin.Remaja berusia 15 tahun itu menjadikan mereka seusia sebagai sasaran kegiatan jahat berkenaan.Dalam kejadian jam 2.30 petang, empat pelajar kerugian sejumlah wang dan empat telefon bimbit selepas didatangi kumpulan pelajar nakal terbabit.Seorang daripada ahli kumpulan itu bagaimanapun, diberkas polis tidak lama selepas mangsa membuat laporan.Sumber berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dan tiga rakannya berada di pusat beli-belah sebelum didatangi tiga lelaki sebaya mereka.
“Kumpulan suspek memberitahu mereka tidak berpuas hati dengan mangsa dan mengajak menyelesaikan masalah itu di luar pusat beli-belah.“Mangsa yang tidak mengesyaki niat sebenar kumpulan lelaki itu mengikut mereka ke satu lorong,” katanya.Beliau berkata, sebaik tiba di lorong sunyi, suspek memaksa mangsa dan rakannya menyerahkan barang berharga.Menurutnya, kumpulan lelaki itu berang selepas mangsa enggan menyerahkan barangan yang diminta lalu mengugut menggunakan kayu.“Pelajar sekolah itu tiada pilihan dan terpaksa menyerahkan empat telefon bimbit dan sejumlah wang.“Mereka terus melarikan diri dan mangsa kemudian membuat laporan polis,” katanya.Sumber itu berkata, sepasukan polis yang menerima laporan daripada mangsa melakukan siasatan dan memberkas seorang suspek di sekitar tempat kejadian tidak lama selepas itu.Katanya, dua lagi suspek dapat memboloskan diri dan mereka kini dikesan bagi membantu siasatan.“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenai kejadian itu dan seorang remaja berusia 15 tahun ditahan bagi membantu siasatan.“Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui sama ada mereka pernah terbabit dalam kejadian sama sebelum ini,” katanya.Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-89481421 atau balai polis berhampiran.

AIR JAMPI METAL INDONESIA

KUALA LUMPUR: Jika Mat Rempit gemar mengambil arak murah untuk membuatkan mereka berani melakukan lagak ngeri di jalan raya, kumpulan Metal Indonesia di sini pula meneguk sejenis air jampi sebelum bertarung dengan kumpulan samseng lain.Air jampi itu dipercayai menjadikan mereka tidak gentar ketika berhadapan lawan walaupun bilangan musuh lebih ramai. Kumpulan ganas terbabit yang sering melepak di sekitar pusat tumpuan pelancong di ibu kota terutama pada hujung minggu didakwa pantang dicemuh terutama kumpulan pendatang asing lain.Mereka juga tidak teragak-agak bergaduh menggunakan senjata tajam.
Menurut sumber, individu yang meneguk air jampi itu bukan saja menjadi lebih berani, malah seperti dirasuk lalu sanggup membelasah lawan tanpa belas kasihan hingga cedera parah dan membawa maut. Katanya, melalui maklumat daripada kenalan yang menganggotai kumpulan metal berkenaan, air jampi berkenaan turut dicampur sejenis minyak untuk menambahkan kuasanya.“Saya sendiri pernah melihat air berkenaan dan ketika dihidu baunya seakan-akan ‘minyak atar’ tapi amat kuat hinggakan boleh membuat mereka yang tidak pernah menghidunya menjadi pening.“Setiap kali sebelum bertempur, kumpulan Metal Indonesia itu berkumpul berhampiran sebuah pasar raya di ibu kota yang sememangnya terkenal sebagai kawasan mereka berjumpa setiap hujung minggu atau cuti am,” katanya.Kumpulan sama dipercayai terbabit dalam kekecohan di Taman Tasik Titiwangsa di sini jam 2.15 petang semalam.Mereka mulanya berkumpul di hadapan pasar raya berkenaan seawal jam 8 pagi sebelum bertolak ke taman terbabit.“Selain meneguk air jampi itu, mereka memasang pelekat khas warna putih di bahu dipercayai mengelak daripada terpukul sesama sendiri,” katanya.Bagaimanapun, polis bertindak segera dengan menahan lapan lelaki daripada kumpulan metal Indonesia itu.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku 500 meter dari pentas utama satu majlis yang turut dihadiri ribuan warga Indonesia di taman terbabit.“Ketika kejadian orang ramai sedang asyik melihat persembahan di pentas utama. Tiba-tiba sekumpulan 15 lelaki menyerang satu kumpulan warga Indonesia menggunakan batang besi sebagai senjata.“Akibat pergaduhan itu, tiga daripada mereka cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.“Kami belum dapat mengenal pasti motif pergaduhan. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 148 kerana merusuh,” katanya.Dengan bantuan polis, majlis berkenaan selesai dalam keadaan aman.